Arab Kristian

Mesir:
  4,700,000*[2]
Syria:
  1,000,000[3]
Amerika Syarikat:
   700,000 [1]
Lebanon:
  950,000*[4]
Jordan:
  290,000[5]
Kanada:
   200,000[6][7]
Australia:
   140,000 [8][9]
Israel:
  115,000 [10]
Iraq:
  5,500[11]

Arab Kristian adalah orang yang etniknya atau kebudayaannya Arab dan bahasanya Arab dan menganuti agama Kristian. Kebanyakan warga Arab Kristian menetap di Timur Tengah, kawasan yang kebanyakan penduduknya beragama Islam, dan terdapat sesetengah golongan minoriti beragama lain tetapi agak ketara yang tinggal di sebilangan negara. Bilangan penduduk Arab Kristian terbanyak, samada dari segi jumlah sebenar atau nisbah kepada bilangan penduduk sesebuah negara, boleh didapati di Mesir, Israel/Palestin, Jordan, Lebanon, dan Syria. Komuniti emigran Arab sekitar Amerika, terutamanya di kalangan penduduk Arab Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador, dan Amerika Syarikat, adalah kebanyakannya beragama Kristian. Dalam Brazil sahaja, bilangan orang Arab adalah melebihi 12 juta orang dan kebanyakannya beragama Kristian.